Wednesday, April 6, 2011

Monday, April 4, 2011

Pelajar disaran kuasai bahasa Jepun


PUTRAJAYA 4 April - Para pelajar sekolah menengah disaran mengambil kesempatan menguasai bahasa Jepun sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, sehingga kini terdapat 51 sekolah berasrama penuh (SBP) dan 40 buah sekolah menengah harian yang menawarkan mata pelajaran bahasa Jepun.

"Bagi mengukuhkan lagi penguasaan pelajar, 120 guru bahasa Jepun telah disediakan untuk mengajar di SBP dan sekolah menengah harian yang terpilih.

"Untuk menilai tahap pencapaian murid, peperiksaan pencapaian di bawah pengelolaan Bahagian Perkembangan Kurikulum akan diadakan bagi pelajar tingkatan empat," katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan Cek Perolehan Peralatan Pengajaran Bahasa Jepun di Sekolah-Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Abd. Ghafar menerima replika cek bernilai RM40,000 daripada Pengarah Yayasan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM), Kenji Kojima bagi menanggung kos pembiayaan peralatan pembelajaran bahasa Jepun untuk 35 buah sekolah di negara ini.

Menurut Abd. Ghafar, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan bahasa Jepun, sijil penguasaan bahasa Jepun akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Yayasan Jepun Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, penguasaan bahasa Jepun di sekolah bukan sahaja bermatlamat untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan semata-mata tetapi bertujuan mendedahkan budaya cemerlang masyarakat Jepun itu sendiri.

"Bagaimanapun menjadi satu kelebihan kepada pelajar terlibat melanjutkan pelajaran di negara itu dan pendedahan awal ini memudahkan mereka membuat persedian apabila belajar di sana," katanya.

SUMBER: UTUSAN
.............................................................................................................

Wah..nampaknya amat bagus kalau pelajar menguasai pelbagai bahasa. saya pun teringin nak belajar bahasa jepun ni.

kepada guru-guru kuasailah pelbagai bahasa disamping kita mempelajari sesuatu budaya itu.

Sunday, April 3, 2011

Murid dipukul penyelia asrama meninggal dunia


ALOR SETAR – Seorang murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.
Jenayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar,” katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup,” katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami,” tambahnya.
Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu,” katanya.
Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.
Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat. - Bernama
Sumber: kosmo
..................................................................................................................................................................
wahai rakan-rakan dimanakan sikap perikemanusiaan mereka...
bukankah anak kecil ini masih jauh perjalanan hidupnya.
saya serahkan pada anda untuk berfikir sendiri

Friday, March 25, 2011

pengiring celik

ini masih dalam pembikinan....coz suara saya tidak jelas
hopefully anda semua terhibur


Tuesday, March 22, 2011