Wednesday, July 29, 2009

Facebook






Apa yang dimaksudkan dengan facebook?
Facebook ialah satu rangakaian sosial secara online dimana kita boleh berhubung diantara satu sama lain tanpa perlu bersemuka. Facebook juga boleh didapati dalam 64 buah bahasa.Banyak kelebihan yang akan kita perolehi daripada facebook ini terutamanya pada para pelajar.Mereka boleh bertanya kepada rakan dan pensyarah tentang tugasan yang diberi.Selain itu juga,apa yang saya mahu utarakan disini bagaimana facebook boleh membantu saya menjadi mahasiswa yang produktif.Disini saya ingin berkongsi bahawa kita boleh create group untuk memudahkan kita berkongsi pendapat atau masalah bersama.Sebagai contoh saya merupakan pelajar prasiswazah program pendidikan khas boleh menceritakan apa yang saya belajar,bertanya soalan kepada rakan-rakan yang menyertai group saya.Saya mendapati masih ramai lagi diantara kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan pendidikan khas.Oleh itu, secara tidak langsung saya boleh menyebarkan maklumat melalui facebook dengan pantas.Setakat ini sahaja coretan saya mungkin saya akan menceritakan banyak lagi informasi yang saya perolehi..........






Pendidikan Khas








Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hak bagi individu dengan keperluan khas sentiasa diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.