Wednesday, July 29, 2009







Pendidikan Khas








Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hak bagi individu dengan keperluan khas sentiasa diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment