Wednesday, August 19, 2009

Microsoft power point...(perbezaan slide master dan slide show)

20 Ogos saya telah mempelajari microsoft power point....saya telah mula mengenali microsoft power point sejak dari sekolah rendah kerana dikehendaki oleh guru untuk membuat tugasan..namun begitu hari ini saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu slide master....pada mulanya saya agak keliru slide master ini...saya ingat boleh buat slide show rupanya slide master ini kita nak buat background yang permenent...tidak perlu kita buat setiap kali nak buat slide yang baru, kita juga boleh insertkan gambar kita sekiranya kita mahu setiap slide ada gambar kita hehe.....power point ini kita tidak perlu buat ayat yang sarat sudah memadai kita letakkan point atau gambar sebagai bahan penyampain...untuk lebih menarik kita boleh menukar warna,line kecerahan dan lain-lain...
Rasanya power point ini kita perlu banayak explore sendiri...

Wednesday, August 12, 2009

perbezaan antara facebook dan yahoo groups

Apabila saya tanya kepada rakan-rakan saya ramai yang memilih facebook sebagai tempat untuk berdiskusi dan menyatakan pendapat.ini agak mudah kerana apbila kita ingin menambahh bilangan kawan kita hanya perlu taip email atau nama mereka serta tekan add as friends.Bergantung kepada mereka hendak menerima atau tidak.Manakala yahoo groups pula apabila kita telah menyertai group mereka tidak semestinya mereka akan menjadi member kita kerana mereka perlu menyertai group kita setelah kita menyertai group mereka.Agak sukar bukan....Kadang-kadang saya rasa hairan mengapa bilangan member saya tidak bertambah sedangkan ramai yang sudah sertai.Rupanya mereka juga harus mnyertai saya.Selain itu didalam facebook kita boleh berhubung dgn rakan-rakan kita secara online seperti dalam yahoo messenger.Facebook juga agak menarik kerana kita boleh mengambil pelbagai kuiz dan soalan yang menghiburkan hati kita.Yahoo groups tidak ada semua itu.Yahoo groups agak sukar berbanding facebook.Namun begitu,yahoo groups ada juga kelebihan yang saya masih belum terokai....yahoo groups agak mudah dibina,tidak perlu email pengesahan serta maklumat juga mudah disampaikan.Facebook mempunyai kelebihan tersendiri apabila kita boleh meletakkan event yang disukai...ia juga ada note..bermain game pun ada bestkan...tapi sebagai seorang mahasiswa lebih baik menggunakannya kearah yang bermanfaat....Facebook dan yahoogroups ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.....Apa yang penting ianya merupakan rangakaian untuk kita saling berhubung dan bertukar pendapat...Mungkin anda mempunyai pendapat masing-masing tentang facebook dan yahoo groups....=)

Wednesday, August 5, 2009

ASSIGMENT,KERJA RUMAH,TUGASAN.....

"banyaknya assgiment"rungut Siti.Assigment apa itu?Tugasan mungkin.....mungkin juga kerja rumah?erm...bagaimana kita mahu merancang masa untuk menyiapkan kerja tugasan yang banayak itu.....Sekarang kita masih lagi pelajar bagaimana kita menjadi seorang guru kelak?Bukan sahaja kita membuat kerja semata-mata untuk diri kita tapi orang lain...anak-anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan.Namun bagi murid-murid yang normal mungkin mampu berdikari.Bagaimana pula berkeperluan khas?adakah kita cicirkan sahaja mereka? Fikir-fikirkanlah....Sekarang dunia yang semakin moden dan ramai diantara kita yang mahu menolong golongan istemewa ini.Bukan setakat teori semata-mata tetapi praktikal tambah-tambahn lagi denagan dunia ict sekarang yang banyak beri kemudahan kepada kita.Suka saya kongsikan cerita bahawa saya ada seorang sepupu yang syndrome down dan kini dia telah berkahwin serta mempunyai 2 orang anak.Dia juga tahu memasak dan membasuh.Tetapi bukanlah semua kerja rumah dia lakukan seorang tetapi dibantu oleh suaminya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesabaran yang tinggi.Syndrome down ni biasanya mudah menyayangi orang......MAKA.

..SAYANGILAH KELUARGA ANDA



Wednesday, July 29, 2009

Facebook






Apa yang dimaksudkan dengan facebook?
Facebook ialah satu rangakaian sosial secara online dimana kita boleh berhubung diantara satu sama lain tanpa perlu bersemuka. Facebook juga boleh didapati dalam 64 buah bahasa.Banyak kelebihan yang akan kita perolehi daripada facebook ini terutamanya pada para pelajar.Mereka boleh bertanya kepada rakan dan pensyarah tentang tugasan yang diberi.Selain itu juga,apa yang saya mahu utarakan disini bagaimana facebook boleh membantu saya menjadi mahasiswa yang produktif.Disini saya ingin berkongsi bahawa kita boleh create group untuk memudahkan kita berkongsi pendapat atau masalah bersama.Sebagai contoh saya merupakan pelajar prasiswazah program pendidikan khas boleh menceritakan apa yang saya belajar,bertanya soalan kepada rakan-rakan yang menyertai group saya.Saya mendapati masih ramai lagi diantara kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan pendidikan khas.Oleh itu, secara tidak langsung saya boleh menyebarkan maklumat melalui facebook dengan pantas.Setakat ini sahaja coretan saya mungkin saya akan menceritakan banyak lagi informasi yang saya perolehi..........






Pendidikan Khas








Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hak bagi individu dengan keperluan khas sentiasa diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.